» » 'Hanya separuh hutang 1MDB dapat diimbangi aset yang ada''


Hanya separuh daripada aset syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diimbangi dengan aset nyata, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, daripada RM42 bilion hutang bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac, 2014 hanya RM19.7 bilion (47%) boleh dipadankan dengan aset nyata yang boleh dijual semula.

"Jumlah RM19.7 bilion ini terdiri daripada pembelian penjana bebas daripada Ananda Krishnan dan Genting (yang menelan belanja RM18 bilion) dan pembelian tanah kerajaan Malaysia berjumlah RM1.7 bilion.

"Ini bermakna, jika ada keperluan untuk menjual aset bagi membayar hutang berjumlah RM42 bilion itu, jumlah maksima yang boleh diperoleh tidak sampai separuh daripada jumlah hutang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rafizi berkata, jumlah RM15.4 bilion di dalam syarikat yang tidak dapat dipastikan aktiviti perniagaan atau asetnya iaitu Brazen Sky, Aabar dan 1MDB GIL mengesahkan 1MDB tidak boleh menerangkan ke mana RM15.4 bilion ini dibelanjakan.

"Jika syarikat ini mempunyai bangunan, kilang, tanah, saham dan lain-lain maka sudah tentu 1MDB boleh menunjukkan aset ini untuk mematikan sebarang spekulasi," katanya.

Beliau berkata, pengumuman penjelasan 1MDB semalam membuktikan dana yang dipinjam tidak dapat dipadankan dengan aset nyata.

"Oleh itu, saya menyeru supaya Bank Negara Malaysia menyiasat sehinggalah satu laporan dapat dibentangkan di Parlimen untuk menyenaraikan semua perbelanjaan secara terperinci yang melibatkan hutang RM42 bilion itu.

"Kenyataan 1MDB semalam hanya mengesahkan sekurang-kurangnya separuh daripada RM42 bilion itu dibelanjakan bagi tujuan yang diragui dan mungkin bertentangan dengan kelulusan awal Bank Negara Malaysia," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .