» » GST sangat bagus kerana ia bantu Malaysia elak krisis ekonomi


Penurunan harga minyak boleh menyebabkan Malaysia dilanda krisis ekonomi sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata GST, yang menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) membantu meluaskan hasil negara bagi mengelakkan pergantungan tinggi kepada hasil minyak.

GST ialah sistem cukai yang dilaksanakan di seluruh dunia yang lebih telus dan bersistematik berbanding SST, katanya, sambil menambah perubahan dalam sistem cukai negara tidak dapat dielakkan.

Najib, yang juga menteri kewangan berkata dengan perubahan itu, Malaysia kini mempunyai arus pendapatan yang lebih pelbagai dan asas yang kukuh.

"Komuniti perniagaan dan pelabur asing kekal optimistik," kata beliau dalam catatan terbaharunya di blog NajibRazak.com.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .