» » Cadangan naikkan kadar tol cetus kemarahan pengguna media sosial Malaysia


Walaupun kerajaan belum membuat keputusan muktamad mengenai kenaikan kadar tol, ia sudah mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, cadangan untuk menaikkan kadar tol beberapa lebuh raya utama akan hanya diputuskan pada beberapa minggu akan datang dan membidas kebocoran perbincangan Kabinet mengenai kadar tol sebagai tindakan "khianat" mereka yang tidak beretika dalam kerajaan.

Namun, walaupun tiada pengumuman mengenai kadar tol lebih tinggi, pengguna media sosial mula menyuarakan kemarahan dan kekecewaan mereka terhadap parti pemerintah, yang kebanyakannya berpendapat peningkatan kadar tol tidak boleh dilaksanakan segera selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April.

Pengguna Twitter, @HezeriSamsuri berkata kerajaan tidak perlu mengkaji kesan kenaikan tol kerana rakyat pasti akan marah.

"Tok Jib nak kaji impak kalau tol naik. Tak payah kaji la. Mmg kami akan marah. Jawapan PR yg tak realistik langsung," katanya.

Pengguna Twitter lain, @faizfaiz berkata setiap orang harus marah dengan hakikat kerajaan mempertimbangkan kenaikan tol.

Semalam, akhbar pro-Umno Berita Harian, memetik sumber berkata, kadar tol bagi 16 lebuh raya utama di seluruh negara dijangka meningkat sebanyak 30%, atau 20 sen kepada RM1 pada Ogos.

Antara lebuh raya utama dijangka terjejas adalah Duta-Ulu Kelang Expressway, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Baru Pantai dan Lebuh Raya Kajang Silk.

Kerajaan tahun lepas menangguhkan kenaikan tol berjadual ketika kebimbangan terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.

Putrajaya juga terpaksa memberi pampasan hampir RM560 juta kepada syarikat konsesi pada tahun lalu untuk mengekalkan kadar tol.

Pengguna Twitter @drshikin berkata keputusan muktamad, sama ada tol dinaikkan atau tidak, akan merugikan semua pihak kecuali pengendali tol.

"Kadar tol naik, pengguna bayar. Jangan naikkan kadar tol, kerajaan membayar pampasan kepada operator tol. Semua orang rugi. Kecuali pengendali tol."

Sementara itu, yang lain berkata jika kadar tol dinaikkan, ia akan menjadi "game over" kepada Najib dan Barisan Nasional, manakala yang lain secara sinis dan menyindir mengucapkan “tahniah” kepada perdana menteri.

@Nafiey_Epitz berkata: “Kadar tol nak naik? Good job najib! Biar ramai rakyat akan terus menyukai anda. Orang x guna kete dia xtahu mcm mana sakit bayar tol."

Menurut laporan The Star Online semalam, kadar tol sepatutnya dinaikkan pada 2011.

Menurut akhbar itu, sebaliknya kerajaan meningkat pampasan kepada syarikat konsesi untuk mengelakkan kenaikan kadar.

Kenaikan tol utama terakhir berlaku lebih 8 tahun lalu. Pada 2007, kerajaan menaikkan tol Lebuhraya Damansara-Puchong daripada RM1 kepada RM1.60.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .