» » 11 orang maut setakat ini kerana gempa bumi 5.9 pada skala richter di Sabah


Sembilan lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu menjadikan jumlah mangsa gempa bumi melanda Sabah semalam seramai 11 orang, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Sementara itu, 8 individu yang dipercayai terkandas dan terperangkap di Gunung Kinabalu sejak semalam masih belum ditemui.

Terdahulu, dua disahkan maut, termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Singapura, kata Ketua Polis Daerah Ranau OCPD Mohd Farhan Lee Abdullah.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Wee Ying Ping Peony, murid Tanjong Katong Primary School, dan seorang malim gunung, atau jurupandu, dikenali sebagai Robi Sapinggi, 30, dari Kota Belud.

“17 lagi pendaki masih belum ditemui, terdiri daripada 14 pendaki dan 3 malim gunung,” katanya kepada pemberita di Pusat Media di Ranau hari ini.


Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun melalui laman Twitter mengumumkan, terdapat kematian di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter menggegarkan beberapa kawasan di Sabah, pagi Jumaat.

Menurut agensi berita itu, 2 mayat dibawa turun ke Pondok Timpohon di tapak pendakian Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara, kira-kira 8.30 malam semalam.

Semua 17 yang hilang dipercayai berada di kawasan antara kilometer 7.5 hingga kilometer 6.5 di Gunung Kinabalu.

Daripada jumlah itu, 3 pendaki merupakan warganegara Malaysia, sementara yang lain masing-masing warganegara Filipina, Jepun dan China, manakala baki 8 lagi pendaki merupakan warga Singapura.

Semua 3 malim gunung ialah warganegara Malaysia.

Menurut laman web Pusat Seismologi Eropah Meditarrenean awal pagi semalam, gempa bumi sedalam 40km itu berpusat di 14km utara Ranau, 67km timur Kota Kinabalu dan 229km timur laut Bandar Seri Begawan, Brunei.

Laporan awal Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan ia berlaku pada 7.17 pagi semalam.

Selain Kota Kinabalu, gegaran turut dirasakan di bahagian utara daerah Kudat dan Kota Marudu, malah di daerah sejauh Beaufort di selatan Sabah.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .