Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu pengkritik terbarunya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, agar memainkan peranannya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menentukan sama ada beliau pernah menyalahgunakan dana persekutuan selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
Meneruskan jawapannya kepada Tunku Abdul Aziz yang menulis di New Straits Times pada Isnin, bekas perdana menteri itu berkata, Tunku Abdul Aziz perlu meminta maaf jika tiada bukti ditemui terhadapnya.
Tunku Abdul Aziz yang merupakan pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, mengkritik Dr Mahathir, membangkitkan skandal kewangan yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran beliau.
"Sebagai anggota SPRM, dia boleh membuat siasatan penuh ke atas rekod saya bagi mengetahui berapa bilion yang saya curi daripada kerajaan seperti yang dibayangkannya.
"Jika dia gagal berbuat demikian, dia harus sekurang-kurangnya untuk meminta maaf," tulis beliau dalam blognya chedet.cc.
Beliau juga bertanya sama ada percubaan Tunku Abdul Aziz menggunakan "asas yang begitu rapuh" untuk "menuduh" beliau terlibat dalam skandal BMF beretika atau tidak.
sumber
No comments: