» » Serap GST mungkin menyalahi undang-undang Malaysia


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan sebelum mengarahkan syarikat telekomunikasi (telco) menyerap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sama seperti dilakukan ketika pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini, kata menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, hari ini.

Ini kerana langkah menyerap cukai kepenggunaan yang diperkenalkan bulan lalu boleh dianggap menyalahi undang-undang, berikutan undang-undang mengenai GST menetapkan perniagaan yang mempunyai perolehan bercukai RM500,000 berdaftar sebagai pemungut cukai kerajaan.

“Semakan secara terperinci terhadap peruntukan undang-undang adalah salah satu pilihan sebelum membuat perjanjian dengan syarikat telekomunikasi dan pengumuman bagi menyelesaikan isu ini,” kata Shabery kepada pemberita di Kolej Komuniti Seberang Jaya Permatang Pauh, hari ini.

Shabery berkata, keputusan yang dibuat rangkaian pasar raya besar, Mydin untuk menyerap GST bagi tempoh tiga bulan pertama kepada pengguna boleh dianggap melanggar undang-undang.

"Mydin dianggap menyalahi undang-undang kerana jika mereka boleh menyerap GST dalam beberapa bulan pertama, mengapa mereka tidak teruskan.

"Sebab itu adalah lebih baik untuk berunding dan merayu dengan mereka untuk mempertimbangkan beberapa pilihan yang mungkin menguntungkan kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata, pilihan yang sedang dipertimbangkan ke atas penyelesaian isu kad prabayar termasuk tawaran pakej pelajar yang akan memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dan berkelayakan serta bukannya orang asing dan tidak menyumbang kepada cukai negara.

"Kebanyakan pengguna prabayar adalah rakyat asing. Penduduk tempatan cenderung untuk menggunakan perkhidmatan pascabayar, kerana itu pelupusan GST ke atas kad prabayar semata-mata adalah tidak adil kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata, perkara ini akan mengambil masa untuk sesi perbincangan dan aspek teknikal bagi memudahkan pelaksanaannya, kerana ia melibatkan banyak pengedar dan rantaian ejen kad prabayar.

"Ramai ejen sudah membeli baucar tambah nilai pada kadar tertentu dan adalah mustahil memanggil semula dalam tempoh satu atau dua hari," katanya.

Katanya, mesyuarat dengan wakil syarikat telekomunikasi, Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum langkah penyelesaian dikemukakan kepada Kabinet.

"Saya juga akan mengumumkan di televisyen dalam tempoh terdekat mengenai pilihan yang dilihat adalah wajar dipertimbangkan,"katanya.

Kekeliruan penetapan harga kad prabayar berikutan pelaksanaan GST menjadi salah satu masalah terbesar yang timbul sejak cukai kepenggunaan itu dikuatkuasakan pada 1 April lepas.

GST sepatutnya menggantikan SST daripada jumlah yang sama untuk kad prabayar, tetapi kegagalan melakukan penyelarasan antara industri telekomunikasi dan kerajaan berhubung pelaksanaan GST membawa kepada aduan pengguna pada hari pertama cukai berkaitan kenaikan harga kad prabayar.

Sejak itu terdapat kenyataan yang bercanggah daripada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan Jabatan Kastam yang menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Shabery supaya mengendalikan masalah itu.

"@shaberyc Pls take charge of the topup issue. Mulai skrg, sebarang Pengumuman kpd rkyt hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja," tulis Najib dalam akaun Twitter milik beliau, @NajibRazak, semalam.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .