» » 'Lebih mudah dapat bantuan daripada BN berbanding dari pembangkang tetapi ianya bukan ugutan atau rasuah'


Menteri Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan kenyataannya mengenai penolakan peruntukan pertanian sekiranya PKR menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bukanlah "rasuah" pilihan raya akan tetapi kerana lebih mudah bagi pengundi untuk mendapatkan bantuan daripada menteri Barisan Nasional (BN) berbanding wakil pembangkang.

Mempertahankan dirinya daripada tuduhan rasuah daripada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata ahli Parlimen Lembah Pantai itu bukanlah peguam yang bijak menafsirkan sesuatu kenyataan dikeluarkan menyalahi peraturan pilihan raya.

"Itu interpretasi dia. Dia bukan peguam.

"Sebenarnya saya membandingkan antara wakil rakyat Barisan Nasional dan wakil rakyat pembangkang. Lebih mudah untuk membantu melalui wakil rakyat BN daripada melalui wakil rakyat pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nurul Izzah hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Ismail atas kenyataannya yang akan menolak peruntukan pertanian jika PKR memenangi PRK Permatang Pauh kenyataan menteri itu umpama rasuah yang melanggar Perkara 10(a) Akta Pilihan Raya 1954.

Ismail bagaimanapun berkata Nurul Izzah hanya memberikan tafsiran undang-undangnya sendiri.

Ismail semalam mengingatkan pengundi di Permatang Pauh melupakan terus sebarang bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jika PKR terus menang di kawasan itu.

Beliau sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon BN, Suhaimi Sabudin berjaya mengalahkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Soal pertanian, calon kita akan boleh bangkitkan di Parlimen. Tambahan pula ini adalah kawasan pertanian.

"Saya pasti akan luluskan semua yang diminta Suhaimi, jika beliau minta," katanya.

Tegasnya, beliau tidak berminat langsung untuk berjumpa dengan Dr Wan Azizah di pejabatnya jika calon PKR itu berhasrat merayu bantuan tersebut.

"Kalau Dr Wan Azizah, tak ada sebab pun untuk saya jumpa dia.

"Sampai lobi pun kita tak bagi dia masuk, sebab dia parti lain," kata Ismail sewaktu bercakap kepada lebih 100 orang penyokong BN di kawasan itu.

Ismail berkata kenyataan yang dilemparkan semalam adalah kerana wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah meminta tolong daripada menteri BN.

Katanya, atas dasar itu adalah lebih baik pengundi di Permatang Pauh memilih BN bagi melancarkan bantuan kerajaan.

"Biasanya wakil rakyat pembangkang tidak akan minta tolong dari menteri BN. Mungkin kerana ego mereka akhirnya pengundi yang rugi.

"Selama saya jadi menteri tidak ada wakil rakyat pembangkang jumpa saya untuk minta pertolongan untuk pengundi mereka walaupun sering jumpa di Parlimen.

"Jadi saya tekan jika nak pilih wakil rakyat eloklah pilih yang boleh membantu. Jadi pilih calon BN," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga berkata, pemimpin PR suka mencari salah orang lain dan terlupa apa yang sudah mereka lakukan.

"Mungkin di negeri pembangkang banyak projek diluluskan melalui wakil rakyat BN?" soalnya dengan nada sinis.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .