» » 'Kerajaan lindungi penyelewengan syarikat telekomunikasi di Malaysia'


Putrajaya tidak seharusnya melindungi “syarikat telekomunikasi yang tidak bertanggungjawab” dengan mengatakan yang mereka boleh kehilangan RM800 juta dalam bentuk cukai pendapatan sekiranya syarikat mengurangkan harga tambah nilai pra bayar telefon bimbit, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memutarbelitkan “cubaan menyeleweng” syarikat kerana tiada pihak yang meminta khidmat tambah nilai pra bayar telefon bimbit untuk dikecualikan cukai.

Sebaliknya, masalahnya adalah syarikat telekomunikasi mengambil kesempatan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk meningkatkan harga sebanyak 6%, kata Pua.

“Di bawah rejim sebelum ini, pengguna membayar RM9.43 untuk menerima khidmat bernilai RM10. Kini, tanpa mengira cukai, pengguna terpaksa membayar RM10 untuk menerima khidmat bernilai RM10.

“Oleh itu peningkatan harga tiada kena mengena dengan penggantian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan 6% GST,” kata Pua.

Beliau berkata, terdapat syarikat telekomunikasi yang cuba menaikkan harga tambah nilainya pada September 2011, tetapi langkah tersebut ditarik balik selepas bantahan daripada rakyat.

Pua berkata, peningkatan harga kini tidak begitu berbeza, kecuali GST sedang digunakan sebagai cara pemerdayaan paling kerap.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengkritik peningkatan harga sebegitu dan meminta pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penyeleweng dan peniaga tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan GST untuk kepentingan kewangan sendiri.

“Jadi mengapa syarikat telekomunikasi ini dibenarkan untuk meningkatkan harga?” soal Pua.

Beliau menggesa Najib supaya menghentikan sikap berat sebelah dalam polisi kerajaan yang mementingkan syarikat besar.

Pua berkata pada 2014, Maxis Communications, Digi Telecommunications dan Celcom Axiata mendapat keuntungan pra-cukai masing-masing RM2.44 bilion, RM2..65 bilion dan RM3.1 bilion.

Jumlahnya, mereka mengumpul RM12.8 bilion melalui pendapatan khidmat pra-bayar pada tahun itu, katanya.

“Ahmad Shabery perlu mengambil perhatian Akta Anti-Penyelewengan yang sama perlu dikenakan secara adil terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab meningkatkan harga selepas pelaksanaan GST, kerana ia perlu dikenakan terhadap syarikat telekomunikasi yang tidak bertanggungjawab melanggar akta tersebut walaupun apabila mengumpul keuntungan berbilion ringgit.”

Semalam, akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia melaporkan yang menteri komunikasi dan multimedia itu mengaitkan risiko kehilangan RM800 juta dengan pendapatan daripada warga asing yang kebanyakannya menggunakan khidmat pra-bayar.

“Dua pertiga pengguna pra-bayar adalah warga asing, majoriti daripada mereka adalah dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

“Pada pendapat saya, saya tidak mahu wang kita disubsidikan kepada kad pra-bayar mereka,” beliau dipetik berkata selepas membantu kempen Pilihan Raya Kecil Rompin di Felda Keratong Lima.

Bagaimanapun, menteri Umno itu berkata keputusan akhir hanya akan dibuat selepas bancian pengguna semuanya lengkap.

Sebelum pelaksanaan cukai yang meluas itu pada 1 April, perkhidmatan pra-bayar telefon bimbit dikenakan cukai SST 6% tetapi ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. SST kini dimansuhkan.

Namun dengan kehadiran GST yang juga pada 6%, syarikat komunikasi membuat keputusan menolak kos tersebut kepada pengguna, mewujudkan rasa tidak puas hati yang meluas.

Pada Jumaat, Najib menulis di media sosial untuk mengarahkan Shabery supaya mengendalikan isu tersebut.

Ia dilakukan selepas Shabery dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tampak tidak setuju dengan satu sama lain tentang harga tambah nilai pra-bayar telefon bimbit.

Ahmad menulis tweet 3 hari lalu yang keputusan Kabinet pada 3 April melangkaui mana-mana keputusan lain tentang isu pra-bayar telefon bimbit, dan syarikat komunikasi perlu mematuhinya.

Tweet tersebut juga termasuk pautan kepada artikel Utusan Online yang merujuk kepada keputusan Kabinet mengatakan tiada peningkatan harga pada tambah nilai pra-bayar walaupun dikenakan GST.

Bagaimanapun, Shabery berkata ia mustahil bagi syarikat telekomunikasi untuk menggembalikan harga asal bermula 1 Mei kerana mereka perlu menyelaraskan “pelbagai perkara”.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .