» » GST merupakan bencana terburuk untuk rakyat Malaysia

Sama ada bodoh atau pandai
tinggi CGPA atau tanpa ranking universiti

Faham atau ignoran
miskin dan kaya sama sahaja

Semuanya dalam sebuah bahtera merdeka
yang semakin tenggelam

Di lautan krisis dan skandal membarah
biarpun berdegar analisa ekonomi

Prestasi yang menegak naik batangnya
seakan sudah bertaraf negara maju

Dengan transformasi dan wasatiyyah
sehebat majlis perkahwinan abad ini

Nun mewah meriah eksklusif di Kazakhstan
yang ditaja besan perdana
atas nama cinta teragung!

GST sudah menjadi bencana jahanam
buat rakyat yang menanggung beban

Kais pagi makan petang hingga esoknya
dan kerajaan yang menanggung hutang

Tetapi terus boros dan korup
sebagai santa claus di PRK

Angkuh dan tidak peduli
menutup busuk dan hanyir kebobrokan

Maka kenaikan harga barang
kemerosotan nilai pembelian pengguna

Kadar inflasi dan pengangguran
seakan satu manifestasi

Tahun-tahun kebangsatan
propaganda dan kerosakan
Di atas nama ketuanan
dulu, kini dan selamanya!

Turun ke jalan dan melawan
bising di media sosial dan memaki hamun

Suhu kemarahan dan kebencian
meluap mewarnai suasana

Wajah-wajah tanpa topeng
tidak lagi sekadar suara pembangkang

Yang sering dimangsakan sebagai pengkhianat
pengkhianat bangsat di mahligai

Kerana GST itu bencana
yang menjadi mimpi ngeri

Untuk warisan generasi bertukar ganti
memikul enam dekad kecurangan

Kerakusan politikus dan kroni yang masih ketawa
berlari ke bank-bank persisiran luar pantai

Dan berliburan di merata planet
menghabiskan wang rompakan abad ini

Sebagai kemenangan mutlak
perjuangan perut yang belum selesai!

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .