Kecewa dengan kelembapan pasukan petugas khas yang ditubuhkan pada Mac bagi menyiasat operasi dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umno Cheras mendesak ahli perniagaan Low Taek Jho dipanggil untuk disoal siasat .
Menulis di blog Umno bahagian itu, pengerusinya Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, nama Low sering timbul apabila syarikat pelaburan negara itu disebut, termasuk dalam beberapa siri pendedahan dibuat laman web pemberi maklumat Sarawak Report.
"Kami menunggu dari awal Mac 2015. Tiada sekelumit pun yang diperkatakan mengenai siasatan oleh pasukan petugas khas ini, yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.
"Ada satu nama yang kerap timbul apabila isu dakwaan penyelewengan dana milik negara itu dibangkitkan. Tak lain tak bukan, Low Taek Jho.
"Pasukan itu, yang bergerak perlahan macam siput, belum memanggilnya untuk disoal. Dan kita tak tahulah sama ada mereka akan memanggilnya atau tidak," tulisnya semalam.
Pada 9 Mac, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat semua laporan yang dibuat berhubung isu penyelewengan dan salah laku terhadap akaun 1MDB.
Katanya, pasukan tersebut turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara.
“Siasatan sudah pun bermula dan kita akan menyiasat semua laporan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Setiap laporan dibuat kita akan buka kertas siasatan dan jika benar ada kesalahan, siasatan diteruskan," katanya ketika itu.
Kemudian, pada 25 Mac, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebuah pasukan petugas khas kerajaan ditubuhkan bagi menyiasat operasi 1MDB, termasuk meneliti hutangnya yang dipercayai mencecah RM42 bilion.
Katanya, beliau akan menjadi sebahagian daripada pasukan itu, selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
"Kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas. Kami melihat perkara ini secara keseluruhannya, termasuk hutang 1MDB," katanya di Parlimen, sambil menambah pasukan itu berbeza daripada yang ditubuhkan terdahulu yang diumumkan Khalid.
Siri pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB, dan Low yang dikaitkan dengannya, mendorong pemimpin pembangkang, bekas pemimpin Umno, badan anti rasuah dan juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut siasatan menyeluruh dibuat terhadap 1MDB.
Ia juga meningkatkan tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Bagaimanapun, Low lebih dikenali sebagai Jho Low, berulang kali menafikan penglibatannya dengan dana itu.
Bagaimanapun, Syed Ali menegaskan Low memang terbabit dalam masalah kewangan 1MDB, menyatakan pinjaman dan hutang dana pelaburan negara itu menunjukkan Low sebagai "benefisiarinya yang licik".
Beliau berkata, jelas daripada beberapa pendedahan Sarawak Report. Low "menyalurkan sejumlah besar wang ke dalam syarikatnya".
"Jadi, kenapa pasukan itu tidak panggil Jho Low untuk disiasat?
Kenapa ditangguh?
Rakyat Malaysia menunggu jawapan. Saya pun sama," katanya, sambil menambah, Low sebaliknya bukan saja menimbulkan kemarahan Pemuda UMNO .
Pemimpin akar umbi Umno yang lantang itu berkata, mereka tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kelewatan pasukan petugas bertindak dan menggesa Low disiasat segera kerana wang yang disalurkan keluar itu sebenarnya untuk negara dan rakyat.
Kritikan akhir-akhir ini memuncak sejak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, yang ditubuhkan pada 2009, mencatatkan hutang sehingga RM42 bilion.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini mendedahkan Putrajaya meluluskan kemudahan kredit tersedia sebanyak RM950 juta untuk 1MDB, di mana RM600 juta kini digunakan.
Najib juga mengarahkan ketua audit negara memeriksa akaun 1MDB, dan bagi memastikan ketelusannya, laporan itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang dianggotai kedua-dua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.
Sebelum arahan Najib itu, PAC berkata ia mahu audit negara menyemak urusan perjanjian 1MDB terlebih dulu sebelum memanggil syarikat itu.
Pada 12 Mac 2015, Najib dilaporkan membersihkan Low daripada sebarang penglibatan dengan 1MDB di Parlimen.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong, beliau berkata:"Low Taek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan transaksi 1MDB dibuat pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB."
sumber

No comments: