Tiada sebab untuk membuka kembali kertas siasatan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kerana siasatan sebelum ini lengkap dan mahkamah sudah pun menjatuhkan hukuman, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Timbalan ketua polis negara itu berkata tiada halangan bagi mana-mana pihak yang mengemukakan laporan agar kes itu disiasat semula, namun pihak polis perlu mengkajinya secara terperinci.
“Kes Altantuya kita sudah pun menjalankan siasatan, sudah pergi ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Tiada sebab kita hendak buka siasatan. Siasatan kita sudah lengkap.
“Saya tidak tahu apa sebab dia buat laporan tetapi tidak apalah itu hak dia buat laporan. Selagi tidak bercanggah dengan undang-undang, dia buat tidak apa.
“Hanya mungkin kita akan ambil tindakan atau tidak ambil tindakan. Saya kena tengok terperinci apa yang dibuat,” katanya ketika ditemui pemberita di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Rashid diminta mengulas laporan polis yang dibuat Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menggesa kes siasatan Altantuya dibuka semula.
Suhaizan hari ini turut mendesak polis segera menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung persoalan ditimbulkan bekas perdana menteri itu kepada Datuk Seri Najib Razak mengenai pembunuhan Altantuya.
Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil serius dakwaan tersebut memandangkan orang yang membangkitkan persoalan tersebut pernah menyandang jawatan perdana menteri.
Sementara itu, Rashid turut diminta mengulas kenyataan Sirul Azhar Umar yang menafikan dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa menghantar orang ke Australia untuk bertemu dengannya.
Katanya, persoalan itu harus diajukan kepada Khalid sendiri dan beliau tidak mahu mengulas lanjut isu berkenaan.
“Tanya kepada KPN. Saya tak boleh komen.
“Saya tak pasti. Mungkin KPN ada pengetahuan. Saya tak tahu sebab saya fokus pada benda lain.
"Benda ini bukan dalam pengetahuan saya," katanya.
Beliau turut diminta mengulas penahanan lima pengarang The Malaysian Insider di bawah Akta Hasutan.
Katanya, akta itu digunakan selepas satu kajian dan perbincangan yang mendalam mengenai artikel yang diterbitkan.
“Sebelum kita nak tahan seseorang itu terutamanya pengarang, orang yang ada kedudukan dalam masyarakat, kita kaji dulu kenyataannya, kita bincang dan sebagainya.
“Hanya apabila kita dapati ada unsur yang tergolong di bawah Seksyen 2 Akta Hasutan, mempertikaikan raja-raja, menghasut antara rakyat dan itu kita menjeniskan di bawah hasutan.
"Kita dah perhalusi kata-katanya, maksud kata-katanya dan kita dapati ia tergolong dalam Seksyen 2 Akta Hasutan dan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan," katanya.
Ditanya perkembangan siasatan kes itu dan adakah sudah di bawa ke Peguam Negara, Rashid berkata: “Saya kena periksa dulu. Bukan dalam pengetahuan saya."

No comments: