» » 'Rakyat Malaysia perlu bayar bil elektrik tinggi untuk tampung hutang 1MDB'


Pengguna elektrik di Malaysia tidak mempunyai pilihan kecuali membayar tarif lebih tinggi dalam usaha meyelamatkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Kata Pua, kenyataan itu dibuat kerana 1MDB dianugerahkan beberapa konsesi "mewah" sebagai pengeluar elektrik bebas (IPP) tanpa melalui amalan tender terbuka.

"Ia bercanggah dengan dasar Suruhanjaya Tenaga yang mempraktikkan amalan tender terbuka bagi menggalakkan persaingan sihat dalam industri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Pua, antara kontrak yang diberikan kepada 1MDB ialah loji tenaga berkuasa gas 2,400 megawatt dan loji tenaga solar 50 megawatt pada tahun lalu.

1MDB juga, kata Pua, diberikan kontrak loji tenaga elektrik menggunakan arang batu 2,000 megawatt pada Februari lalu selepas bidaan lebih rendah daripada YTL Power ditolak.

"Saya berpendapat tarif elektrik akan meningkat pada masa depan kerana dalam usaha kerajaan mencipta lebih banyak keuntungan kepada 1MDB bagi membayar hutangnya yang bernilai RM42 bilion," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .