Kerajaan bersetuju membenarkan caj perkhidmatan yang dikenakan industri perhotelan dan restoran dikekalkan dalam kadar anggaran 10%, kata Datuk Seri Alias Ahmad.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu berkata, pengusaha hotel dan restoran bagaimanapun diwajibkan mempamerkan notis caj perkhidmatan kepada pengguna.
Katanya, walaupun mendapat bantahan daripada pengguna, tetapi keputusan dibuat demi melindungi pekerja bawahan yang mendapat gaji sehingga RM350, jauh lebih rendah daripada gaji minima yang ditetapkan Putrajaya.
"Kalau ikut laporan pengguna memang tak setuju.

"Kita tak kata nak hapuskan tapi kita kata kajian akan dibuat. Kenyataan itu jelas sejak awal," kataya pada sidang media di bangunan KPDNKK di Putrajaya, hari ini.
Alias berkata, keputusan dibuat Isnin lalu selepas mengadakan perbincangan dengan 18 pihak kesatuan dan persatuan restoran, hotel, francais, serta beberapa agensi kerajaan.
Antaranya Kesatuan Pemilik Hotel Malaysia, Persatuan Hotel Malaysia, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatua Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Bagaimanapun katanya, caj perkhidmatan hanya boleh dikenakan jika ada perjanjian bersama (CA) dengan badan kesatuan atau termaktub dalam kontrak pekerja.
Beliau berkata, hasil caj tidak dimasukkan dalam akaun kerajaan, sebaliknya ia antara pekerja dan majikan, sebagai satu bentuk insentif yang akan menggalakkan pekerja memberi perkhidmatan yang baik dan berkesan.
"Pendapatan pekerja di bawah industri ini sangat rendah berdasarkan gaji asas dan caj perkhidmatan digunakan bagi menampung jurang pendapatan tersebut.
"Masih terdapat pekerja hotel yang masih dibayar gaji asas serendah RM 350 sebulan walaupun selepas pelaksanaan gaji minimum.
"Disebabkan ini sektor hotel dan restoran akan mnjadi kurang menarik kepada pekerja tempatan jika tawaran gaji rendah dikekalkan dan ianya akan menggalakkan lompongan diisi pekerja asing," katanya.
Katanya, satu garis panduan akan dibuat bagi mengawal selia caj perkhidmatan yang dikenakan pengusaha restoran dan hotel pada masa akan datang.
Menurut Alias, pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara bagi mengeluarkan satu peraturan dan standard yang akan dikenakan dalam masa terdekat.
"Pada masa ini belum ada peraturan atau perundangan khusus dalam mengawal selia kutipan dan agihan caj perkhidmatan oleh kerajaan," katanya.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan statistik jumlah e-A duan yang diterima mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) setakat semalam adalah sebanyak 4,993.
Katanya, aduan mengenai kenaikan harga barangan atau perkhidmatan masih tertinggi, iaitu sebanyak 63% daripada 93 aduan pada 21 April.
"Daripada jumlah itu, aduan mengenai kenaikan harga barangan di kedai runcit merupakan aduan yang paling banyak diterima iaitu 25 aduan (42%). Antara barang yang diadu adalah beras, gas, dan rokok," katanya.
Sebanyak 399 jumlah kes dicatatkan dalam Ops Catut Fasa II, dan 660 notis dikeluarkan, paling tinggi dicatatkan di Sarawak dengan 80 kes.
sumber

No comments: