» » Peguam Sirul sokong Dr Mahthir jadi PM M'sia kembali


Peguam Sirul Azhar Umar memanaskan lagi isu keretakan hubungan antara perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas pemimpin nombor satu negara Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hasnal Rezua Merican hari ini membangkitkan persoalan berhubung “peralihan kuasa” selepas Mahathir mula menyerang keras Najib, terutamanya dalam isu pembunuhan Altantuha Shaariibuu.

Kalau Tun Mahathir mahu Datuk Seri Najib turun, untuk Tun Mahathir sendiri kembali menjadi PM, saya sokong! ” kata Hasnul , yang juga pemimpin UMNO bahagian.

“Kalau Tun Mahathir mahu Datuk Seri Najib turun, penggantinya sudah ada cuma belum diwar-warkan, saya tangguhkan sokongan sehingga saya menilai bakal penggantinya.”


Menulis dalam Facebook, Hasnak berkata, tanpa perancangan konkrit tentang proses peralihan kuasa, beliau tidak menyokong “penggulingan kuasa yang tidak konvensional dan tidak berhemah”.

Mahathir pada 2 April menulis di blog mengkritik pentadbiran Najib daripada pelbagai aspek.

Ia dilihat antara kecaman paling keras diajukan oleh bekas perdana menteri selama 22 tahun ini.

Perkara itu termasuk membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya, susulan reaksi Najib bahawa perkara itu “mengarut” sebelum ini.

Beliau juga mengulangi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus menerajui parti itu, selain terus mengasak itu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mahathir juga berkata semua kaum tidak lagi berdiri di belakang pemimpin nombor satu negara.

Susulan kenyataan mengejutkan itu, ibu Sirul, Piah Samat dikatakan ingin bertemu Mahathir dan ingin "memberitahu sesuatu" kepadanya.

Dalam temubual eksklusifnya dengan Malaysiakini sebelum ini Sirul berkata dia hanya mengikut arahan dan pihak yang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya masih bebas.

Sirul dan seorang lagi bekas anggota polis elit Azilah Hadzri disabitkan bersalah membunuh warganegara Mongolia itu dan dijatuhi hukuman mati.

Sirul tidak hadir ketika dukuman dijatuhkan dan kini ditahan oleh imigresen Australia di Sydney.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .