» » Pegawai politeknik dipenjara 2 tahun kerana salahguna kuasa


Seorang pegawai pendidikan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM196,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di Kangar hari ini atas kesalahan menyalah guna kedudukan untuk memberi projek menjalankan kursus kepada syarikat milik isteri dan adik iparnya, 6 tahun lepas.

Mohd Shabri Hassan, seorang pegawai pendidikan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Ulu Pauh dekat Kangar, didapati bersalah meluluskan kerja-kerja menjalankan kursus bernilai RM39,006.50.

Dia didakwa menawarkan kursus perniagaan baik pulih telefon bimbit kepada syarikat SSN Dot.Com & Resources milik isteri dan adik iparnya pada 13 November 2009.

Hakim Abu Bakar Katar turut memerintahkan tertuduh, yang didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, menjalani hukuman penjara tiga tahun jika gagal membayar denda.

Dalam mahkamah sama, seorang anggota polis cawangan narkotik, Lans Koperal Shahrul Anuar Abdullah, dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau penjara setahun kerana menerima rasuah RM1,000, 8 tahun lepas.

Shahrul Anuar, yang bertugas di Unit Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kangar, didapat bersalah menerima suapan menerusi akaun Maybanknya daripada Mohd Mustaqim Othman sebagai dorongan untuk menukar ujian air kencing positif dadah milik Mohd Farzus Othman dan Che Asri Che Nat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Nov 2007 dan didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta SPRM 1997.

Abu Bakar membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman sehingga selesai kes rayuan.

Kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam Rahamathullah Baharudeen sementara pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, A.Hafiizh Abu Bakar.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .