» » 'Masa berkuasa Dr Mahathir minta kesetiaan penuh'


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan hari ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkuasa dahulu pernah meminta kesetiaan penuh kepadanya daripada anggota Kabinet dan Umno.

Menteri dalam negeri itu berkata, peringatan itu pernah diberikan Dr Mahathir ketika menerajui kerajaan dahulu kepada menteri dan ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Ketika masa beliau, beliau menggesa kesetiaan penuh daripada menteri, ahli majlis tertinggi dan ahli Umno.

"Itu komen saya," kata Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno menjawab ringkas ketika ditanya tentang kritikan terbaru Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ditulis di blog peribadinya www.chedet.cc pada Khamis.

Dr Mahathir menerusi blog itu melontarkan kritikan paling keras terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan rakyat Malaysia tidak mempercayai perdana menteri itu dan meramalkan kejatuhan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya presiden Umno itu terus berkuasa.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu tahun lalu menarik balik sokongannya kepada Najib dan menyerunya meletak jawatan.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.

"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula," tulis Dr Mahathir menerusi blog peribadinya itu.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .