Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menyebabkan kuasa beli rakyat semakin menurun kerana kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat.
Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming berkata, apabila GST dilaksanakan, semua lapisan masyarakat terpaksa membayar cukai yang ditetapkan.
“GST punca kuasa membeli rakyat turun, ekonomi rakyat terancam. Harga barangan naik, gaji pula rendah macam mana mereka mahu beli barang kehendak dan keperluan,” katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh beberapa hari GST dilaksanakan, ternyata ramai yang masih tidak mengetahui pelaksanaannya termasuk peniaga.
“Kita boleh lihat heboh di laman sosial malah kakitangan saya sendiri ke premis perniagaan yang mengenakan GST pada barang yang tidak patut dicaj GST.
“Begitu juga pemeriksaan ke atas pusat beli-belah yang dikatakan serap cukai GST, namun turut mengenakan cukai terbabit walaupun heboh pusat beli-belah terbabit dikatakan tidak kenakan GST, “ katanya.
Pada Persidangan Dewan Negeri Jumaat lepas, Adun Kepayang itu turut menyuarakan kenapa ikan sardin perlu dikenakan GST, sedangkan udang kara yang lebih mahal harganya tidak dikenakan cukai tersebut.
“Tuala wanita yang dipakai isteri dan ibu pun dikenakan GST, malah alat tulis yang digunakan pelajar turut mengalami nasib sama.
“Saya sudah buat kajian sebelum dan selepas GST semua harga naik,” katanya.
Bagaimanapun, Speaker Dun Perak, Datuk Seri S K Devamany menyatakan isu itu boleh dibahaskan di Parlimen.
sumber
No comments: