» » Ku Li calon terbaik ambil alih jawatan Najib Razak


Ketika beberapa veteran Umno sekali lagi memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan, seorang bekas pemimpin menyuarakan sokongan terhadap Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon terbaik mengambil alih jawatan perdana menteri itu.

Bekas menteri yang bertanggungjawab hal ehwal undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berkata, daripada semua pemimpin Umno yang ada sekarang, Razaleigh atau Ku Li, merupakan tokoh terbaik untuk mengambil alih jawatan itu kerana kejujuran dan integritinya.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid juga menyeru Tun Dr Mahathir Mohamad, yang satu ketika dulu merupakan 'musuh' Ku Li, menyokong bekas menteri kewangan itu untuk jawatan perdana menteri, mengatakan kedua-duanya perlu berdamai untuk tujuan lebih besar.

"Jika beliau benar-benar mahu menyaksikan perubahan dalam memerangi gejala rasuah yang kini sistemik, Dr Mahathir perlu menyokong Ku Li sebagai orangnya untuk mengambil alih jawatan perdana menteri selepas Najib," kata Zaid yang juga bekas pemimpin Umno Kelantan.

“Tengku daripada 'old school' (orang lama). Beliau menghargai integriti dan kejujuran. Seseorang sepertinya diperlukan untuk memulakan reformasi bagi negara ini," kata Zaid mengenai Ku Li yang merupakan ahli Parlimen Gua Musang.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .