» » 'Kos sara bayi menjadi sangat mahal selepas GST'


Kos menyara bayi, terutamanya kepada pasangan muda, menjadi lebih tinggi susulan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mengakibatkan kenaikan harga susu tepung formula dan lampin pakai buang, kata wakil rakyat DAP Teo Nie Ching.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, perbandingan yang dijalankan pegawainya di pusat beli-belah di Johor mendapati, harga jualan susu dan lampin tersebut mengalami kenaikan antara 7% dan 12% berbanding yang dicatatkan dalam buku panduan harga pengguna dikeluarkan kerajaan.

"Kos memelihara bayi kini semakin tinggi untuk ibu bapa yang mahukan anak. Malah saya sendiri, kami mengadakan perbincangan, kami tidak terfikir untuk mempunyai anak ketiga," kata Teo pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

"Untuk membesarkan anak, kosnya sangat tinggi. Pendidikan, bayaran pusat penjagaan anak, perubatan, itu semua beban yang terpaksa ditanggung, terutamanya kepada pasangan muda.

"Mereka perlu membayar rumah, kereta dan perbelanjaan harian. Semuanya mengalami kenaikan. Pasangan muda sangat terkesan dengan pengenalan GST," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .