Katanya, sewaktu pelaksanaan GST pada 1 April, beberapa pengeluar kereta menurunkan harga kenderaan mereka kerana GST hanya dikenakan 6% berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 10%.
"Kita tunggu harga barangan lain seperti kerusi, perabot, barangan elektrik, tekstil untuk turun kerana cukai dah turun daripada 10% kepada 6%.
"Tetapi saya tak dengar pun harga barangan lain turun. Kerana itu kini kita sebut tentang pelaksanaan penguatkuasaan pula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bukit Mertajam, hari ini.
Beliau berkata ada beberapa pengusaha menyerap GST dan mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan mereka, menimbulkan pertanyaan terhadap pengusaha yang lain yang tidak berbuat demikian.
"Mydin boleh serap GST pada 130,000 harga barangan. Kenapa pasar raya yang lain tak boleh buat. Harap akhirnya mereka akan memberikan kerjasama. Saya berharap "supply and demand" (permintaan dan pengeluaran) akan memainkan peranan utama.
"Pasar raya atau kedai yang naikkan harga barang sewenang-wenangnya akan akhirnya tidak berapa didatangi pelanggan dan terpaksa turunkan barangan. Dalam dua, tiga bulan pelaksanaan GST akan stabil di seluruh negara," katanya.
Ahmad berkata jika Prosedur Operasi Standard (SOP) GST diikuti dengan teliti, ia tidak semestinya menaikkan harga dan kos barangan dan perkhidmatan.
"Setakat ni GST digambarkan buruk benar..sedangkan itu tidak sepatutnya berlaku," katanya.
No comments: