Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini menafikan beliau menerima arahan daripada Umno supaya berhenti bercakap mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Katanya, tiada sebarang arahan sebegitu diberikan kepadanya oleh mana-mana kepimpinan parti.
"Saya tidak diminta oleh pucuk pimpinan untuk berhenti bercakap mengenai cukai itu. Kalau saya berhenti bercakap mengenai GST, bermakna pembangkang menang," katanya kepada pemberita di pusat media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Permatang Pauh, hari ini.
Saluran berita Astro Awani sebelum ini melaporkan, Umno memberi amaran kepada Ahmad, yang merupakan ketua penerangan parti, supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan GST, terutamanya ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin.
Sumber dalaman Umno dipetik berkata, ini kerana Ahmad sering dikritik di media sosial berhubung kenyataan yang dibuatnya mengenai cukai tersebut.
"Niatnya baik tetapi kenyataannya sering dimanipulasi pembangkang sehingga banyak isu timbul, yang akan memberi kesan kepada parti," kata sumber berkenaan seperti dilaporkan.
Kenyataan terbaru yang menarik perhatian ramai ialah komen Ahmad terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan tidak memahami GST.
Kenyataan itu mengundang kritikan daripada Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ahli akademik Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.
Ahmad juga sebelum ini dikritik kerana menasihatkan pelajar universiti untuk memasak sendiri makanan mereka bagi menjimatkan kos.
"Tidak, saya tak terima sebarang amaran daripada pimpinan parti. Mungkin pembangkang takut dengan saya," katanya hari ini.
Katanya, beliau mengkaji GST dan bercakap mengenainya selama 2 tahun ke seluruh negara, dari Perlis hingga ke Sabah, dan beliau tetap konsisten dengan kenyataannya.
Beliau malah memberikan kursus ringkas kepada media hari ini berkenaan kaedah percukaian tersebut dalam industri automotif, daripada segi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 10% kepada GST sebanyak 6%.
"Saya dah kata, kereta akan lebih murah pada 1 April dengan GST, tetapi mereka tak percaya dan ketawakan saya. Tapi pada 1 April, apa yang saya katakan benar berlaku.
"Bukan kereta saja yang ada SST. Pakaian kita ada SST juga. Jadi, pakaian sepatutnya lebih murah sekarang," katanya sambil menambah, barangan lain seperti perabot, bahan binaan, minuman, gula-gula, coklat, peralatan elektrik dan peralatan dapur juga sepatutnya turun harga sekarang.
"Inilah sebabnya pembangkang (Pakatan Rakyat) benci saya... mereka tak suka harga barang turun. Mereka suka harga naik," katanya.
Beliau turut mengulangi kenyataannya, sikap peniaga yang mengambil kesempatan susulan pengenalan GST mengakibatkan harga barang naik.
"Bukan salah GST, tetapi peniaga yang mengambil kesempatan. Sedangkan, saya sudah katakan, peniaga boleh membuat tuntutan SST mereka dalam tempoh 6 bulan.
"Mereka perlu tolak 10% dulu, kemudian tambah dengan 6% GST. Jangan sekalikan kedua-dua cukai itu," katanya.
Beliau sebelum itu diminta mengulas tindakan Presiden PKR, yang juga calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang membeli belah di pasar mini semalam bagi menunjukkan harga barang yang semakin meningkat.
Ahmad berkata, beliau akan terus menerangkan mengenai GST melalui media elektronik dan temu bual dengan radio dan televisyen bagi memastikan rakyat memahami cukai itu.
"Saya tidak boleh beri ceramah di semua tempat. Saya menggalakkan pengguna media sosial menyemak akaun Twitter saya, @ahmadmaslan," katanya.

No comments: