Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan Laporan Tahun 2014 GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Kuala Lumpur, malam ini, berkata masih banyak usaha perlu dilakukan untuk membanteras jenayah.
"Di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah, kini, kita bersyukur bahawa kadar indeks jenayah negara di bawah GTP, berjaya dikurangkan sebanyak 40% dalam tempoh 5 tahun lepas.
"Apa yang mustahak, usaha untuk mengurangkan kadar jenayah akan diteruskan," katanya.
Najib berkata, bagi 2014, kes kecurian kereta berkurangan kepada hampir 20% dan ini merupakan kali pertama penurunan trend jenayah kecurian kereta semenjak NKRA diperkenalkan.
Katanya, kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan komuniti tempatan dan agensi kerajaan akan diperhebat lagi demi mewujudkan persekitaran yang aman untuk diduduki rakyat, dikunjungi pelancong serta diyakini pelabur.
Sementara itu, perdana menteri berkata di bawah NKRA Membanteras Rasuah, kedudukan Malaysia telah bertambah baik dengan skor Indeks Persepsinya meningkat dari tangga 44 pada 2010 kepada tangga 52 pada 2014 daripada kalangan 175 negara.
sumber
No comments: