» » 'Harga petrol dan diesel kekal'


Menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) esok, harga runcit petrol RON95 dan RON97, serta diesel, bagi bulan April akan kekal.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan malam ini harga RON95 dan diesel akan kekal pada RM1.95 seliter dan RON97 RM2.25 seliter.

Kementerian itu juga mengumumkan, harga petrol RON97 tidak dikecualikan GST.

Ini adalah bulan keempat Putrajaya menjalankan sistem harga apungan terurus di Malaysia.

Pada Februari, RON95 dan diesel ialah RM1.70 seliter, RM2 seliter bagi RON97.

Putrajaya menamatkan sistem subsidi itu Disember lalu selepas harga minyak dunia jatuh di bawah paras AS$60 setong ketika negara pengeluar minyak terus meningkatkan pengeluaran walaupun ekonomi dunia yang suram mengurangkan penggunaan.

Sejak 1 Disember, harga runcit bahan api ditetapkan menerusi kaedah apungan terurus dan harga baru diumumkan pada hari terakhir setiap bulan.

Harga minyak global menurun sejak Jun disebabkan oleh pengeluaran berlebihan dan tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, mendorong rakyat Malaysia mempercayai yang mereka boleh menikmati harga minyak yang lebih murah pada 2015.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .