Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaaribu tidak perlu diungkit lagi kerana kes tersebut sudah selesai dibicarakan di mahkamah tertinggi negara.
Isu pembunuhan kontroversi tersebut mendapat perhatian semula selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan kes pembunuhan kejam itu baru-baru ini yang menggesa Putrajaya menjawab persoalan yang masih tidak dijawab hingga hari ini.
"Bila kita tidak hormat undang-undang, keluar kes tidak habis-habis isu Altantunya ini, nak jawab kita boleh jawab, sudah habis peringkat Mahkamah Persekutuan, sudah habis, sudah (diputuskan) habis sistem kehakiman kita.
"Semua sudah masuk mahkamah, bersumpah dan berjanji. Sudah habis, habis ceritalah," kata Idris, pada satu majlis di Akademi Kenegaraan, hari ini.
sumber
No comments: