Polis menahan 17 orang yang didakwa merancang serangan di Kuala Lumpur, kata ketua polis negara hari ini.
Suspek, termasuk dua orang yang pulang daripada Syria, ditahan semalam, menurut tweet Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid tidak memperincikan tangkapan suspek-suspek itu.
Tangkapan itu dibuat seminggu selepas pengarah bahagian antikeganasan Datuk Ayub Khan Mydin berkaitan serangan penyokong kumpulan bersenjata Negara Islam di bumi Malaysia.
Polis berkata sekurang-kurangnya 63 orang rakyat Malaysia telah pergi ke Syria dan Iraq untuk berjuang bersama-sama IS.
Ramai sudah didakwa di mahkamah tahun lepas susulan cubaan mereka ke sana.
No comments: