Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini enggan menamakan calon yang layak sebagai pengganti Datuk Seri Najib Razak, beberapa hari selepas menggesa perdana menteri meletak jawatan.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau sudah hilang harapan terhadap mereka yang mungkin "menyeleweng" jika dilantik memegang jawatan utama pentadbiran negara.
Walaupun perlembagaan parti memperuntukkan timbalan presiden Umno paling layak mengambil alih, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut kemampuan Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalas tanggungjawab itu.
"Itu parti yang tentukan. Sudah tentu ada individu yang layak.
"Jika kita lihat kepada perlembagaan parti, calon paling layak adalah timbalan," katanya pada sidang media di Cyberjaya, hari ini.
Namun, ditanya pandangannya jika Muhyiddin menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata; "Tidak. Saya sudah hilang harapan dengan mereka. Sebelum dilantik, mereka adalah pemimpin paling bersih di dunia tetapi apabila mereka ada kuasa, mereka menyeleweng, jadi saya tak tahu," katanya.
sumber
No comments: