Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh.
"Tidak (pergi). Tak payahlah," katanya.
Beliau juga berkata tidak mengenali calon BN, Suhaimi Sabudin, namun berharap beliau calon yang tepat buat BN.
"Saya tak kenal dia. Saya harap dia orang yang baik," katanya pada satu sidang media selepas program "Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M" di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hari ini.
sumber
No comments: