Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan rahsianya yang menjadi seorang doktor kesihatan agar beliau dihormati dan pandangannya dalam politik diambil serius oleh masyarakat.
Menurutnya, beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan kerana ditawarkan biasiswa dalam bidang itu walaupun sebenarnya lebih berminat untuk menjadi seorang peguam.
"Sebenarnya saya minat dengan politik, bukan jadi doktor perubatan. Saya bukan mahu jadi doktor sangat. Saya hendak jadi peguam, tapi tak dapat biasiswa jadi peguam.
"Tujuan saya jadi doktor bukan hendak ubat orang, tetapi supaya ada taraf dan kedudukan, supaya orang pandang tinggi dengan apa yang saya perkatakan," katanya pada dialog Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang hari ini.
Sebahagian hadirin yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan USM yang memenuhi Dewan Tuanku Syed Putra ketawa kecil mendengar pengakuan Dr Mahathir itu.
sumber
No comments: