» » Ahmad Maslan tidak patah semangat beri penjelasan tentang GST


Meskipun pelbagai cacian dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak patah semangat untuk terus memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat.

Yakin GST adalah sistem cukai terbaik, beliau meminta rakyat agar lebih mempelajari dan mendalami GST, selain 'berlawan' dengan para peniaga ingkar.

Katanya sebagai ketua penerangann Umno yang mewakili kerajaan, beliau berasa bertanggungjawab untuk tampil dan 'bercakap' tentang GST.

"Saya maafkan mereka yang berkata macam-macam mengenai saya. Memang pedih tapi saya maafkan.

"Saya juga sebenarnya asal orang susah. Mak dan ayah saya penoreh getah. Saya faham macam mana jadi orang susah. Tiada sebab kenapa saya mahu berbohong kepada rakyat tentang GST," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara di Bernama TV di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menerusi rancangan tersebut, anggota Parlimen Pontian itu turut menyentuh tentang kenyataannya berhubung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya amat menghormati Tun (Mahathir) sebagai negarawan yang banyak berbakti kepada negara.

"Saya terkejut apabila beliau memberi pandangan mengenai GST yang bertentangan dengan kerajaan. Penasihat dan pelapor beliau sepatutnya memberi maklumat yang tepat dan penjelasan yang lengkap," kata Ahmad.

Selain itu, beliau turut menggesa supaya peniaga yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) GST, segera didakwa dan dikenakan hukuman tegas.

"Ini supaya jadi pengajaran pada peniaga lain. Kita (kerajaan) mahu buktikan bukan GST yang tak bagus tetapi peniaga yang ingkar, yang ambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .