» » 'Tipu rakyat dengan kata parti politik untuk semua supaya dapat undi'


BERSIH hari ini membidas PAS kerana didakwa tidak patuh pada kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat yang disebut-sebut dalam pilihan raya umum lalu, sebaliknya “berbohong” berhubung pelaksanaan hudud.

“PAS dalam pilihan raya umum lalu isytihar mereka parti politik untuk semua, tetapi mereka bohong.

“Jangan kata kamu PAS untuk semua tetapi tutup maklumat dan tipu rakyat yang undi kamu.

'Tiba-tiba kami bentang hudud dan harap kami terimanya,” kata pengerusinya Maria Chin Abdullah dalam sebuah forum berkaitan masa depan kebebasan beragama hari ini.

Mengulas berhubung kebebasan beragama, Maria berkata rakyat Malaysia takut terlibat dalam dialog agama kerana ancaman-ancaman tertentu, termasuk didakwa di mahkamah.

“Kita tidak bercakap tentang Islam kerana perkara inilah. Bukan sahaja berkaitan agama kita tetapi banyak lagi aspek kita dihadkan.

“Kita tidak boleh bercakap dengan bebas,” tambahnya.

Beliau juga mengkritik kerajaan yang didakwanya bersikap kuku besi terhadap pihak yang mempersoalkan sesuatu perkara berkaitan agama sedangkan pihak pentadbiran hanya berdiam diri.

Turut terlibat dalam forum itu, profesor pengajian agama Universiti Depaw Dr Jeffrey Kenney, pengasas NGO Islamic Renaissance Front Ahmad Farouk Musa dan peguam Dipendra Harshad Rai daripada Majlis Peguam.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .