» » Suntikan RM950 juta jelas penyelamatan 1MDB


Suntikan dana RM950juta "kredit tunggu sedia" untuk firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jelas sebuah tindakan penyelamatan (bailout), kata PKR.

Naib presidennya Rafizi Ramli berkata tindakan itu bertujuan melegakan kedudukan kewangan 1MDB yang tertekan dengan beberapa bayaran balik pinjaman dan faedah pinjaman yang perlu dilangsaikan segera.

Katanya, jika 1MDB mempunyai kedudukan kredit dan kewangan kukuh, mereka tidak perlu mengambil pinjaman atau suntikan sebaliknya hanya menyenaraikan beberapa anak syarikat untuk mendapatkan suntikan ekuiti pelabur awam atau menerbitkan bon.

Bagaimanapun, katanya, rekod kredit dan status kewangan 1MDB sangat lemah dan menyukarkan firma itu mendapat apa-apa pinjaman baru pada terma pinjaman biasa daripada institusi kewangan atau pasaran bon.

"Oleh yang demikian, tindakan mendapatkan suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan adalah jelas merupakan tindakan bailout.

“Kerajaan Persekutuan tidak memberi pinjaman sewenang-wenangnya kepada mana-mana syarikat kerana pinjaman sewajarnya diperoleh dari institusi kewangan," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi menasihati pengurusan 1MDB supaya menumpukan perhatian kepada usaha mengurangkan risiko kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Beliau juga meminta 1MDB dan “tidak menegakkan benang basah” dengan mengeluarkan kenyataan bahawa suntikan dana itu diberikan dalam bentuk pinjaman komersial.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .