» » RM28 juta digunakan untuk naiktaraf kabin pesawat Najib Razak ?


Jet peribadi baharu bernilai RM465 juta dibeli Putrajaya melalui perjanjian sewa beli, ACJ320, turut melalui proses penaiktarafan kabin bernilai RM28 juta, sekaligus menjadikannya asas kepada harga sewa beli berkenaan, kata Rafizi Ramli dalam satu pendedahan hari ini.

Naib presiden PKR itu berkata, berdasarkan laman web Comlux Aviation Group, pemilik ACJ320 sebelum dibeli Putrajaya, keadaan dalaman kabin itu sudah cukup mewah seperti "hotel lima bintang", sekaligus mempersoalkan keperluan ia dinaik taraf semula.

"Apa keperluan membayar tambahan RM28 juta khusus untuk menaik taraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan ditanggung rakyat Malaysia?" kata ahli Parlimen Pandan itu pada satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau turut memaparkan gambar kabin jet itu yang didakwanya mampu memuatkan seramai 19 penumpang, termasuk terdapat bilik VVIP, ruang makan dan ruang mesyuarat.

"Jika sebelum ini pimpinan Umno memberi alasan pembelian jet baharu ini demi keselamatan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan keluarga, apa pula alasan membelanjakan RM28 juta dana rakyat untuk menaik taraf kabin menjadi lebih mewah dari apa yang ada sekarang?

"Sekiranya wang RM28 juta ini digunakan untuk membina rumah mangsa banjir di Kelantan, pada harga RM35,000 setiap sebuah, dana ini sepatutnya mampu membina rumah untuk 800 keluarga mangsa banjir," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .