» » Rafizi Ramli akan dipanggil beri keterangan berkaitan isu NFCorp


Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Saman itu difailkan Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution berhubung pembelian 8 unit hartanah di KL Eco City, Bangsar.

Peguam Syed Ismat Syed Muhammad, yang mewakili Mohamad Salleh dan NFCorp, ketika ditemui pemberita berkata selain Rafizi, Mohamad Salleh dan Nurul Izzah, yang selesai memberi keterangan pada 5 dan 7 Januari lepas, akan dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam kes saman itu.

Syed Ismat berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng turut menetapkan 15 April untuk pengurusan kes ketika kes berkenaan disebut di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri peguam Joshua Kevin yang mewakili Nurul Izzah dan Saifuddin selaku defendan.

Pada 4 Februari lepas, Hue membenarkan permohonan Mohamad Salleh untuk meminda jawapan kepada pernyataan pembelaan kedua-dua defendan dengan memasukkan butiran berniat jahat dalam kes saman fitnah itu.

Pada 24 Disember, 2013 Mohamad Salleh dan syarikatnya NFCorp memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Rafizi, ketika itu pengarah strategi PKR, mendakwa Mohamad Salleh membeli 8 unit hartanah KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.

Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalahgunakan dana NFCorp untuk membeli unit hartanah berkenaan untuk kegunaan sendiri.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .