» » 'Perletakan CEO AmBank ada kaitan dengan skandal 1MDB'


PKR hari ini mendakwa peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank Group Berhad (AMMB) Ashok Ramamurthy pada Januari ada kaitan dengan syarikat pelaburan negara yang kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, pada sidang media hari ini mendakwa peletakan jawatan berkenaan dikatakan berpunca daripada pinjaman RM2 bilion yang diberikan kepada projek pembangunan hartanah Bandar Malaysia di bawah dana pelaburan strategik itu.

Rafizi berkata, sejak beberapa tahun lalu, AMMB menguruskan beberapa urusniaga penting melibatkan 1MDB.

Katanya, selain meluluskan hutang RM2 bilion itu, AMMB juga dilaporkan menguruskan penerbitan hutang (Islamic medium term notes) berjumlah RM5 bilion.

Memetik maklumat daripada pemberi maklumat, beliau mendakwa Ashok meletak jawatan pada 21 Januari selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan audit pematuhan terhadap gergasi perbankan itu dijalankan dan menemui beberapa “perkara yang tidak kena” berkaitan pinjaman itu.

Beliau juga mendakwa selain Ashok, 2 lagi pegawai kanan lain turut meletakkan jawatan.

Memuji langkah bank pusat itu, Rafizi bagaimanapun berkata, ini membangkitkan persoalan terhadap bank lain yang memberi pinjaman geran kepada 1MDB.

Rafizi berkata, beliau menghargai ketegasan BNM yang menimbulkan beberapa pelanggaran ini di dalam laporan audit pematuhannya; seperti yang dimaklumkan kepadanya.

"Saya juga lega kerana pemegang saham AMMB nampaknya mengambil tindakan serta-merta selepas risiko hutang 1MDB yang membabitkan AMMB dilaporkan melalui audit pematuhan.

“Saya menyeru BNM mendedahkan laporan audit pematuhan ke atas semua bank tempatan yang ada memberi pinjaman kepada 1MDB supaya ahli-ahli Parlimen dan orang ramai dapat menilai sendiri setakat mana keberhutangan 1MDB ini memberi risiko kepada kestabilan sektor perbankan negara,” katanya di ibu pejabat PKR.

Selain itu, katanya, beliau menghantar soalan Parlimen bersabit keputusan audit BNM terhadap pinjaman 1MDB kepada menteri kewangan bagi sesi Parlimen akan datang.

"Jika tiada apa yang perlu disembunyikan, saya pasti menteri kewangan tiada halangan mendedahkan laporan audit oleh BNM," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .