» » 'Najib Razak jamin pesalah 1MDB tidak akan dilindungi'


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kepada ketua bahagian parti itu Putrajaya tidak akan melindungi sesiapa yang didapati bersalah dalam kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pendirian itu disampaikan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada satu sidang media selepas pertemuan Najib bersama lebih 150 ketua bahagian seluruh negara.

"Beliau berkata ketua audit negara sendiri akan memeriksa 1MDB dan keputusannya akan diberikan kepada PAC.

"Tiada apa yang disembunyikan dan tiada yang akan dilindungi," kata Ismail pada satu sidang media di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini.

Ismail berkata Najib memaklumkan kepada ketua Umno bahagian akaun 1MDB sudah melalui audit forensik oleh firma perakaunan Deloitte yang mengesahkan syarikat itu bebas daripada penipuan dan salah guna dana.

Sementara itu, ketua Bahagian Umno Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin berkata Najib menjelaskan 1MDB pada masa depan akan membawa keuntungan yang besar kepada Malaysia.

Katanya, 1MDB berada di landasan benar dan kerugian syarikat itu perkara biasa namun tiada unsur penyelewengan.

“Tidak ada asas yang kita perlu bimbang kerana kalau dikira aset melebihi hutangnya di bank. Kalau mahu dikontra masih ada untung tetapi itu bukan matlamat 1MDB,” katanya.

The Edge Malaysia hari ini mengajukan 10 soalan kepada bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Halmi berhubung urus niaga syarikat itu membabitkan usahawan terkenal Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low.

Antara soalan yang diajukan ialah apakah hubungan Shahrol dengan Low serta syarikat Good Star yang diberikan dana membabitkan 1MDB.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .