» » Najib Razak arah ketua audit negara periksa akaun 1MDB


Datuk Seri Najib Razak sudah mengarahkan ketua audit negara menyiasat akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Arahan itu diumumkan perdana menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Kabinet bagaimanapun, menganggap syarikat pelaburan strategik yang dilanda beban hutang itu tidak melakukan kesalahan kerana tuduhan terhadapnya membabitkan pihak ketiga.

Pada mesyuarat Kabinet hari ini, pengurusan 1MDB dan juru audit Deloitte turut hadir memberi taklimat kepada jemaah menteri, menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang ini.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda (gambar, kanan) menyambut baik pengumuman perdana menteri itu dan berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada ketua audit negara.

Dalam reaksinya, Arul berharap ia akan melenyapkan spekulasi dan tuduhan terhadap syarikat itu, yang disifatkannya bermotif politik.

"Jelas serangan terhadap 1MDB bermotif politik. Ia merupakan usaha yang sengaja disusun bagi melemahkan syarikat itu dengan menyebar tuduhan dan spekulasi tidak berasas, yang seterusnya boleh mengancam ekonomi.," kata Arul.

Pengumuman Najib hari ini berikutan pendedahan portal Sarawak Report yang mendakwa mempunyai bukti dana AS$700 juta daripada 1MDB disalurkan kepada pihak ketiga.

PetroSaudi berkata anak syarikatnya menerima keseluruhan wang tunai itu bagi sebuah syarikat usaha sama, sementara 1MDB mengesahkan ia menerima balik keseluruhan pelaburannya di samping mencatat keuntungan.

"Kami ingin menyatakan secara mutlak yang semua dana dari 1MDB disalurkan ke entiti milik PetroSaudi, sebarang kesimpulan lain adalah palsu," kata PetroSaudi pada 1 Mac, mengulas dakwaan Sarawak Report.

Minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Jabatan Audit Negara menjalankan audit segera terhadap 1MDB sebelum ia memanggil syarikat berkenaan tidak lama lagi.

Menurut Nur Jazlan, isu utama yg memerlukan audit segera ialah sumber dana berjumlah RM2 bilion bagi menjelaskan pinjaman daripada bank tempatan, suntikan dana baharu daripada kerajaan berjumlah RM3 bilion, perjanjian pelaburan dalam syarikat Petrosaudi, selain percanggahan kenyataan mengenai wang hasil pelaburan di Pulau Cayman sama ada sudah dibawa balik ke Malaysia atau tidak.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar dan kerajaan perlu telus dalam hal 1MDB, jika benar segala pelaburan dan operasi syarikat ini sah, biarlah ia disahkan sendiri jabatan kerajaan iaitu Jabatan Audit Negara," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .