Rakyat Malaysia patut menggesa kerajaan untuk tidak mengenakan cukai tambahan seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) jika mereka berpendapat ia akan hanya menambahkan beban.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebarang cukai tambahan akan menyebabkan harga barang naik, termasuk kos ubat dan rawatan kesihatan.
“Saya rasa rakyat perlu beri maklum balas. Mereka boleh beritahu, jika kerajaan kenakan lebih banyak cukai, mereka tidak akan undi kerajaan itu lagi pada masa depan,” katanya, mengulas isu kos perubatan dan penjagaan kesihatan yang dikhuatiri meningkat selepas GST dilaksanakan, 1 April ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Perdana University dan University of California, San Diego di sini, semalam.
No comments: