» » Kerajaan M'sia tak akan dedahkan 'projek besar' yang dijalankan bersama 'Raja Judi'


Kerajaan tidak akan mendedahkan projek-projek keselamatan Malaysia yang dikendalikan oleh raja judi Paul Phua Wei Sang, kini ditahan di Amerika Syarikat, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dikelaskan sebagai "rahsia besar" bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kerajaan tidak berhasrat untuk mendedahkan sebarang maklumat berhubung Phua berkaitan keselamatan negera kerana ia adalah rahsia besar dan sulit Akta Rahsia Rasmi (OSA)," kata Shahidan dalam jawapan bertulis ringkasnya.

Jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanyakan kepada kerajaan jumlah menteri yang menulis kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan jumlah projek keselamatan negara yang melibatka Phua.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi akhir tahun lalu menulis surat kepada FBI berhubung penahanan Phua di Amerika Syarikat yang didakwa menjalankan kegiatan judi haram di Las Vegas.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .