» » BERSIH kutip derma RM38,209.41 untuk Mejar Zaidi


NGO BERSIH berjaya mengutip dana sebanyak RM38,209.41 bagi membantu bekas juruterbang Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 12 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, BERSIH berkata wang hasil kempen kutipan dana selama sebulan itu telah diserahkan melalui satu cek kepada Zaidi pada awal bulan ini di Petaling Jaya.

"BERSIH berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan kepada Mejar Zaidi dan BERSIH tetap mengutuk keputusan Mahkamah Tentera yang tidak adil kepada Mejar Zaidi," kata NGO itu.

Pada 12 Januari lalu, Mahkamah Tentera menjatuhi hukuman buang kerja terhadap Zaidi selepas didapati bersalah atas dua tuduhan berhubung kenyataannya mengenai isu dakwat kekal pada pilihan raya umum 2013.

Bagaimanapun, Zaidi dilepas dan dibebaskan daripada lima pertuduhan lain termasuk melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur politik.

Dalam kenyataan itu juga, BERSIH memaklumkan satu forum mengenai kes Mejar Zaidi yang dijadual berlangsung pada 16 Mac ini di Hotel Palm Inn Butterworth, jam 8.30 malam.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .