» » Bantah transaksi perbankan penting dikenakan GST


Kumpulan pengguna dan perniagaan menggesa Putrajaya supaya tidak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan asas dan transaksi penting bank seperti perbankan dalam talian dan urus niaga kaunter.

Ini berikutan laporan yang mengatakan GST akan dikenakan bagi perbankan dalam talian, urus niaga kaunter dan penggunaan MEPS.

Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Paul Selvaraj berkata perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai di bawah cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sepatutnya tidak dikenakan cukai di bawah GST.

"Kita diberitahu GST merupakan cukai pengganti.

"Setahu saya, perkhidmatan seperti ini tidak dikenakan cukai sebelum ini, jadi ia tidak sepatutnya dikenakan cukai sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun mengakui yang ia mungkin terlambat untuk mengharapkan Jabatan Kastam untuk menambah lagi senarai yang jatuh pada kategori tidak dikenakan cukai.

Barangan disenarai 'zero-rated' bermakna tiada GST yang dikenakan sepanjang rantaiannya.

Beliau berkata jika inilah pendirian kerajaan, jadi penyelesaiannya adalah supaya bank yang menyerap kadar tersebut.

"Mereka mempromosikan perbankan dalam talian, jadi sekiranya GST akan dikenakan ke atas perkhidmatan ini, bank yang patut menyerapnya," katanya.

Semalam dilaporkan GST boleh dijadikan bayaran asas atau yuran tetap berhubung produk bank komersial serta perkhidmatannya.

Ini termasuklah pertukaran antara bank Giro, yang termasuk juga pembayaran bil.

GST bagaimanapun hanya akan dikenakan kepada yuran perkhidmatan dan bukan jumlah bil.

Selvaraj berkata memandangkan tiada yang kekal tidak boleh diubah, beliau berharap kerajaan akan meletakkan perkhidmatan bank di bawah senarai 'zero-rated'.

Pegawai Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan yang turut bersetuju berkata melainkan perniagaan besar atau kecil, percukaian asas perkhidmatan bank akan melibatkan setiap individu.

Beliau berkata ini akan menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pengguna bank sekiranya ia dilaksanakan, kerana seperti dikatakan, ia akan melibatkan setiap individu.

"Seperti pengangkutan awam, perbankan merupakan perkhidmatan asas yang digunakan semua.

"Sekiranya kerajaan sedang mempromosikan sistem 'tanpa tunai', mereka tidak patut mengenakan cukai perkhidmatan asas seperti ini," katanya.

Bernama pada Rabu melaporkan menteri kewangan berkata kerajaan akan terus dengan pelaksanaan GST pada 1 April, walaupun dengan seruan supaya ia dibatalkan.

"Sebarang penangguhan hanya akan memberi impak negatif kepada kadar kredit Malaysia kerana pengenalan GST merupakan langkah konsolidasi kewangan penting bagi menjamin kelestarian ekonomi negara," katanya dalam kenyataan tersebut.

Kementerian berkata kerajaan patut mempelbagaikan sumber kewangannya dan tidak terlalu bergantung kepada komoditi seperti petroleum dan minyak kelapa sawit, menambah GST perlu dilaksanakan untuk menjamin pertumbuhan ekonomi negara dan supaya situasi kewangan negara kekal kuat pada masa depan.

Walaupun kerajaan mempertimbangkan kebajikan masyarakat, kementerian berkata sesetengah pihak sengaja memutar belit fakta tentang pelaksanaan GST.

"Negara lain yang melaksanakan GST atau cukai tambah nilai mengalami isu dalam fasa peralihan, dan Malaysia bukan pengecualian," katanya dan menekankan kerajaan akan mengendalikan sebarang isu yang timbul daripada pelaksanaan GST secara komprehensif dan berterusan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .