» » 1MDB hutang lebih RM5 bilion dengan bank tempatan


Putrajaya mendedahkan hari ini, syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai hutang tertunggak lebih RM5 bilion dengan institusi kewangan tempatan.

Dalam jawapan bertulis kepada Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berkata: "Setakat Januari 2015, jumlah hutang 1MDB dengan bank tempatan ialah RM5.037 bilion."

Rafizi meminta menteri menyenaraikan setiap hutang dibuat 1MDB dengan bank tempatan setakat Januari tahun ini dan mendedahkan keputusan audit tahunan terkini yang dijalankan Bank Negara untuk setiap hutang itu.

Dalam reaksi segeranya, setiausaha agung PKR itu berkata beliau secara khusus meminta hasil laporan audit bank pusat itu ke atas pinjaman diberikan bank tempatan kepada 1MDB, kerana mempunyai maklumat yang Bank Negara bimbang dengan Ambank berhubung pinjaman kepada firma itu.

Awal bulan ini, Rafizi mendakwa keputusan pengarah urusan kumpulan Ambank Group Berhad, Ashok Ramamurthy meninggalkan syarikat itu pada Januari adalah berkait dengan pinjaman RM2 bilion diberikan kepada projek pembangunan hartanah Bandar Malaysia 1MDB itu.

Ambank menafikan dakwaan itu, mengatakan beliau mahu kembali bersama keluarganya di Australia selepas beberapa tahun tinggal jauh dari mereka di Kuala Lumpur.

"Hakikat yang menteri enggan menjawab hanya boleh mengesahkan kebenaran dalam dakwaan itu.

"Sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) membersihkan Ambank berhubung pinjaman yang diberikan kepada 1MDB, sudah pasti menteri tidak akan teragak-agak mendedahkan penemuan audit itu," katanya.

"Apabila jawapan menteri mendiamkan diri mengenai isu yang paling khusus dalam penemuan audit itu, saya anggap ia satu pengesahan yang BNM memang membangkitkan isu serius berkaitan proses kelulusan pinjaman dilakukan Ambank untuk 1MDB.

"Ini memberi kredibiliti kepada dakwaan saya sebelum ini yang perubahan segera dalam pengurusan Ambank itu adalah berkaitan pinjaman yang diberikan kepada 1MDB."

Rafizi sebelum ini memberi amaran jumlah pinjaman diambil 1MDB daripada bank tempatan akan menimbulkan risiko sistemik kepada keseluruhan sektor perbankan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .