» » 'Sir‎ul Azhar bebas untuk hubungi media atau sesiapa sahaja‎'


Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia ‎mengatakan pembunuh Altantuya Shaariibuu, Sir‎ul Azhar Umar bebas untuk menghubungi media atau sesiapa sahaja‎ dikehendakinya.

Pegawai Imigresen negara itu yang hanya dikenali sebagai David berkata, meskipun Sirul diberi kebebasan, jabatannya tidak akan bertindak menjadi pengelola sesi temu bual.

"Secara amnya, jabatan ini tidak akan mengelolakan sesi temu bual dalam kawasan penahanan atas faktor operasi.

"Namun, individu yang ditahan bebas untuk menghubungi media mengikut kehendak mereka,” katanya kepada Astro Awani Online.

David turut menafikan pihaknya memberikan izin kepada sebuah stesen televisyen Australia untuk menjalankan temu bual dengan Sirul.

Sirul dijadualkan mengadakan telesidang secara langsung bersama media Malaysia, bagaimanapun tidak berjaya kerana bekas anggota Unit Tindakan Khas itu gagal dihubungi.

Bagaimanapun selepas hampir 2 jam, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berjaya menghubunginya.

Dalam perbualan telefon itu, Sirul mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepadanya dan turut berterima kasih pada kerajaan Australia kerana melindungi dirinya.

Sirul juga ada mengatakan beliau akan mematuhi peraturan di pusat tahanannya di Australia.

"Namun, beliau tidak akan bercakap lebih daripada apa yang diberitahu kepada Malaysiakini," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Mahfuz berkata, Sirul hanya akan memberitahu perkara selebihnya pada waktu yang sesuai.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .