» » Redha mahkamah tolak permohonan suaminya batalkan pertuduhan pecah amanah


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menolak permohonan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail untuk membatalkan 2 pertuduhan pecah amanah.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno, berkata keputusan itu bagaimanapun tidak akan mematahkan semangat keluarganya untuk mencari kebenaran.

"Kami sekeluarga menerima baik keputusan itu, walaupun kami sekeluarga amat sedih sekali, kita tawakal kepada Allah'" katanya kepada pemberita pada sidang media di kediamannya.

Shahrizat berkata suaminya akan berbincang dengan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengemukakan rayuan undang-undang bagi tindakan selanjutnya.

Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), gagal dalam permohonannya untuk membatalkan 2 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Mohamad Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .