» » GST kurangkan kadar ekonomi terselindung Malaysia kepada 10%


Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini dijangka dapat mengurangkan kadar 'ekonomi terselindung' Malaysia kepada 10% berbanding 30% sekarang.

Justeru, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pelaksanaan CBP amat penting kepada kebajikan rakyat dan negara.

"Saya tidak faham kenapa pembangkang berterusan menyokong cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Ini bererti mereka hendak melindungi ekonomi terselindung (iaitu) melindungi orang yang lari cukai dan menipu cukai," katanya kepada pemberita selepas sesi penjelasan CBP dan Bajet 2015 serta isu semasa kepada kira-kira 600 warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor hari ini.

Ahmad berkata angka 30% ekonomi terselindung itu yang didasarkan kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setiap tahun, dikeluarkan oleh Bank Dunia.

Katanya sehingga semalam, sebanyak 319,435 syarikat mendaftar bagi pelaksanaan GST yang dianggar dapat menambah pendapatan negara sebanyak RM1 bilion kepada RM24 bilion.

Beliau juga berkata prinsip pelaksanaan GST lebih tinggi pendapatan lebih tinggi cukai yang perlu dijelaskan oleh pihak berkenaan.

"Mereka yang kurang pendapatannya akan dikenakan cukai yang kurang. GST progresif ini ialah GST Malaysia," katanya dan mengulangi banyak barangan dikecualikan GST seperti barangan makanan dan minuman.

Ahmad juga berkata program penjelasan GST akan diteruskan sehingga Mei atau Jun ini bagi memastikan rakyat benar-benar memahami GST memandangkan banyak maklumat diputarbelitkan oleh pihak yang menentang pelaksanaan sistem cukai baharu itu.

GST akan dilaksana pada kadar 6% berbanding SST yang berkadar keseluruhan 16%.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .