» » 'Tubuh Jawatankuasa Krisis Nasional hadapi kelembapan ekonomi'


Menjelang penstrukturan semula Bajet 2015 pada Selasa kerana kejatuhan harga minyak dunia dan nilai ringgit, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Putrajaya menubuhkan Jawatankuasa Krisis Nasional yang bersifat merentasi parti politik untuk menangani kelembapan ekonomi.

Ketua pembangkang itu mencadangkan, jawatankuasa tersebut dianggotai melibatkan ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, para ekonomis, pakar-pakar pasaran serta pakar dalam bidang-bidang berkaitan.

Beliau berkata, jawatankuasa tersebut antara lain hendaklah ditugaskan dengan peranan dan tanggungjawab untuk memantau harga komoditi setiap hari dan diberikan kuasa untuk melaksanakan segala langkah bersesuaian untuk mengurangkan dampak negatif.

"Kami menggesa kerajaan agar telus dalam meramal ekonomi negara.

Rakyat menantikan pengumuman Selasa ini dan menjangkakan usaha kerajaan persekutuan yang serius lagi bersungguh-sungguh untuk menstrukturkan semula Belanjawan 2015," katanya sebelum bersidang dengan anak muda Selangor di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini.

Cadangan Anwar itu merupakan salah satu di antara empat yang dicadangkannya ke Putrajaya untuk menangani kejatuhan harga komoditi dan kelemahan nilai ringgit.

Anwar turut menggesa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan langkah-langkah penjimatan sekiranya harga minyak menyusut ke tahap lebih rendah dan kekal statik.

"Ini bermaksud keperluan memangkas projek-projek mega, tetapi meneruskan perbelanjaan dalam bidang-bidang kritikal seperti kesihatan, pendidikan, dan bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir," katanya.

“Harga minyak mentah Brent terus menurun sebanyak 53% dari tahun lepas, yakni daripada purata AS$108 setong pada Januari 2014 kepada AS$51 secara purata bagi bulan Januari 2015.”

Pada masa sama, nilai ringgit kini merupakan mata wang Asia yang paling lemah, mengesampingkan nilai yen Jepun.

Ia menyusut kepada RM3.55 untuk setiap AS$1 daripada RM3.32 setahun yang lalu.

Sejak Oktober 2014, ringgit sudah menyusut hampir 8.3%.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .