Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud terlepas peluang menjelaskan sumber kekayaan luar biasanya apabila tidak hadir pada majlis pelancaran buku yang mendedahkan peranannya dalam kegiatan pembalakan haram negeri itu.
Kumpulan advokasi Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland berkata, sebuah kerusi sudah dikhaskan untuk bekas ketua menteri Sarawak dalam diskusi panel buku tersebut di London, Jumaat lalu.
"Baik Gabenor Sarawak atau peguamnya di London, Mishcon de Reya, tidak hadir dalam pelancaran 'Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia oleh Lukas Straumann' – sebuah buku bukan fiksyen yang sebelum ini cuba dihalang Taib," kata BMF dalam satu kenyataan hari ini.
BMF berkata, Straumann mencabar Taib untuk menghadiri acara tersebut bagi menjelaskan kesemua sumber kekayaannya, oleh kerana peguamnya menyifatkan beliau sebagai "individu bernilai tinggi".
Menurut BMF, peguam Taib menolak untuk menjelaskan bagaimana anak guamnya memperolehi kekayaan dalam tempoh 51 tahun pentadbirannya.
Dalam satu surat Straumann mengatakan: "Terserah kepada anda untuk membuktikan dakwaan benar atau tidak akan tetapi tidak kepada anak guam kami untuk menyangkal."
"Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia" memaparkan perincian bagaimana Taib yang merupakan ketua menteri Sarawak selama 33 tahun sehingga ke akhir peletakan jawatannya didakwa mengumpulkan keuntungan sehingga AS$15 bilion (RM53.51 bilion) dengan penglibatan institusi kewangan global.
Pada Jumaat, BMF mendedahkan peguam Taib cuba untuk menghentikan temubual BBC bersama Straunmann daripada disiarkan.
"Semasa temubual bersama BBC World Service petang tadi, pengarang dan pengarah eksekutif BMF Straunmann ditunjukkan 'surat sulit dan rahsia' daripada de Reya kepada BBC.
"Dalam surat itu, peguam Taib meminta BBC untuk tidak membuat liputan mengenai buku yang memaparkan jenayah alam sekitar Taib," kata BMF dalam satu kenyataan Jumaat lalu.
Bagaimanapun, permintaan de Reya itu tidak disertai dengan bukti mengapa temuduga bersama Straunmann tidak perlu disiarkan, melainkan hanya mendakwa buku itu penuh dengan kesilapan.
Taib menerusi peguamnya juga mencuba untuk menghalang buku tersebut daripada diterbitkan.
Bagaimanapun di sebalik ugutan perundangan, penerbit buku Switzerland, Bergli Books dan Amazon, memutuskan untuk mencetak dan mengedar buku di peringkat antarabangsa.
BMF dalam kenyataannya berkata, buku Strauman menceritakan sebuah kisah "mengenai mereka yang kehilangan syurga warisan kepada kepada peladangan kelapa sawit, pencemaran dan korupsi, iaitu bagaimana mereka berharap untuk mendapatkan kembali".
Buku tersebut dikatakan akan menggemparkan pihak berkuasa Malaysia apabila bekas perdana menteri Britain Gordon Brown menyifatkan "ia kemungkinan jenayah terbesar pada masa itu," sebagai kaitan kepada pemusnahan besar-besaran hutan Borneo oleh pembalak Malaysia.
Adik ipar Brown, Clare Rewcastle Brown yang menguruskan laman Sarawak Report secara aktif terlibat dalam kempen menentang pemusnahan hutan negeri itu, dan mendokumentasikan dakwaan kekayaan Taib dan keluarga.
Straumaan mendekati kesemua mereka yang hilang rumah dalam hutan kepada "penjenayah" yang mendapat pendapatan berbilion ringgit melalui penjualan balak dan rasuah.
BMF meramalkan kekayaan Taib bernilai AS$15 bilion dan 20 daripada ahli keluarganya mengutip kekayaan berjumlah AS$21 bilion.
sumber
No comments: