» » 'Trend harga RON95 ke arah RM1.50 seliter akhir Jan 2015'


PKR terus mengkritik sistem penentuan harga minyak secara bulanan oleh kerajaan, yang terus menyaksikan harga runcit petrol RON95 lebih mahal daripada harga pasaran.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan mekanisme sedia ada pun, harga RON95 telah jatuh ke paras RM1.62 seliter pada 9 Januari lalu.

“Keadaan ini akan berterusan dan tidak mustahil menjelang akhir Januari 2015 harga RON95 (mengikut formula yang ditetapkan BN sendiri) akan jatuh ke paras RM1.50 seliter,” kata Rafizi.

Bagaimanapun, kata Rafizi, sistem penentuan bulanan sekarang menyebabkan rakyat Malaysia masih membayar harga RM1.91 seliter, 30sen hingga 40sen lebih mahal – perbezaan yang digelarnya sebagai “cukai tersembunyi”.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hassan Malek mengumumkan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu yang didakwa berlaku pada 9 Januari.

Menurut Rafizi, mesyuarat itu antaranya membincangkan cadangannya supaya sistem berasaskan stok konsainan (consignment stock) dilaksanakan dan harga minyak diturunkan setiap minggu.

“Saya juga menyeru supaya menteri KPDNKK membentang perkara-perkara ini dalam mesyuarat kabinet minggu ini dan satu keputusan diumumkan secepat mungkin bagi mengelakkan rakyat terus menjadi mangsa,” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .