Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berkata beliau kini dilihat sebagai “pembangkang” selepas menyuarakan beberapa kritikan membina terhadap kerajaan.
“Saya dilihat sebagai pembangkang,” katanya wawancara eksklusif bersama China Press yang disiarkan hari ini.
Di awal wawancara itu, beliau memberitahu harian itu bahawa keberatan untuk diwawancara kerana kerajaan “sangat sensitif” kepadanya akhir-akhir ini.
Katanya, kerajaan sering melihat pihak yang bersuara dengan “jujur” sebagai pembangkang walaupun mendakwa terbuka terhadap kritikan membina.
Mengaitkan dengan banjir peristiwa besar besar baru-baru ini, Daim bertanya sama ada rakyat yang meminta pemimpin mereka turut padang juga dianggap antikerajaan.
“Jika kita berkata kita terbuka kepada kritikan, kita mesti kotakan janji atau kewibawaan kita akan tercalar,” katanya.
Daim baru-baru ini berdepan serangan keras media mesra kerajaan yang mengetengahkan dakwaan pembangkang berkaitan kepentingan perbankannya di luar negeri.
Ini berlaku selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dasar-dasar Najib secara terbuka.
Daim dilihat banyak pihak sebagai orang kuat Dr Mahathir.
Daim juga sebelum ini mendakwa tahu siapa di sebalik semua yang berlaku itu.
No comments: