Seorang ahli terapi autisme yang diarah menutup pusat yang baru sahaja dibuka untuk kanak-kanak oleh penghuni kelas atas pinggir bandar Kuala Lumpur di mana dia beroperasi, kini membuat laporan polis kerana dihalang memasuki kawasan tersebut.
Charlene Marie Samuel, 27, membuat laporan di Balai Polis Alam Setia di Cheras semalam, selepas dilarang naib pengerusi jawatankuasa penduduk, Chen Kien Boon, daripada memandu keretanya ke kawasan kejiranan Taman Vista Cheras, walaupun menjelaskan dia ingin mengemas dan mengosongkan rumah yang digunakan pusatnya.
Samuel yang mengasaskan dan menguruskan Perundingan Autisme, memberitahu The Malaysian Insider dia membuat keputusan untuk membuat laporan selepas menerima mesej sokongan di Facebook.
Dia memaparkan di Facebook semalam mengenai pengalaman pahit pada hari Isnin, apabila ahli terapinya dihalang daripada memandu ke dalam kawasan kejiranan dan bagaimana sekumpulan penduduk mengarahkan beliau menutup pusat itu serta meninggalkan kawasan tersebut. Status itu kini menjadi viral.
Samuel berkata, penduduk khuatir dengan bunyi bising daripada kanak-kanak autistik akan mengganggu kejiranan eksklusif mereka.
Pusat ini dibuka pada hari Isnin, dengan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun sebagai pelanggan pertama, tetapi terpaksa ditutup pada hari itu juga.
Penduduk datang ke pusat itu pada malam Isnin dan mengadakan mesyuarat di mana mereka mengundi Samuel perlu menutup kedai dan berpindah.
Terdapat percanggahan pendapat samada dia perlu dibenarkan memandu keretanya ke dalam kawasan itu, dengan beberapa penduduk mahu merayu supaya dia dilayan adil, sementara Chen mahu dia meninggalkannya dengan serta-merta.
Samuel berkata Chen menegaskan dia dan pasukannya tidak dibenarkan memandu kereta melalui pondok pengawal sebagai "hukuman".
"Walaupun beberapa penduduk lain yang hadir mengatakan kepadanya tindakan itu terlalu keras dan mereka harus membiarkan kami berkemas dan meninggalkan premis dalam keadaan aman, naib pengerusi masih menegaskan kami tidak boleh memandu ke dalam walaupun hanya untuk mengemas barang-barang. Kami perlu meletakkan kereta di luar dan berjalan ke dalam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam laporan polis itu, Samuel berkata Chen mengarahkannya tidak memandu kereta ke dalam dan pengawal juga menghalang dia dan pakar terapi lain daripada memandu ke dalam pada pagi Isnin, sebelum mesyuarat itu berlaku pada sebelah malamnya.
Samuel memberitahu The Malaysian Insider pemilik rumah yang disewa pusat itu mengetahui jenis perniagaan yang akan dibuka dan pemilik turut memaklumkan mengenai kelulusan kejiranan berkenaan tugas pusat itu.
Tetapi dia terkejut apabila penduduk yang menghadiri mesyuarat pada Isnin kelihatan terpinga-pinga dengan naib pengerusi mengatakan dia menyangka ia adalah pusat jagaan kanak-kanak.
Dia juga terganggu dengan kenyataan seorang anggota lain jawatankuasa penduduk yang kanak-kanak autistik tidak tahu mendengar arahan untuk bertenang.
"Saya cuba berhubung dengan sisi kemanusiaan mereka dan menjelaskan hanya 1 daripada 68 kanak-kanak didiagnosis sebagai autistik dan dalam tempoh 20 tahun ini, ia boleh menjadi 1 daripada 2 kanak-kanak.
"Saya cuba menerangkan kepada mereka kanak-kanak ini memerlukan bantuan, sesetengah mereka tidak akan berpeluang memanggil 'mummy' dan ‘daddy’ kepada ibu bapa mereka atau berkata 'I love you'.
"Saya cuba memberitahu mereka kanak-kanak ini boleh jadi anak mereka atau sesiapa yang dikenali, tetapi akhirnya mereka mengambil keputusan sebulat suara saya harus berpindah keluar," katanya sambil menambah dia terkejut dengan tahap kesedaran yang rendah di kalangan penghuni di situ.
Samuel, yang memaklumkan kepada pelanggan tunggalnya yang pusat ditutup sementara dan memulangkan semula bayaran berkata, dia lebih kecewa kerana penduduk tidak membuka hati untuk memahami keperluan kanak-kanak autistik dan ibu bapa mereka.
Dia berkata mahu membantu keluarga berpendapatan sederhana yang mempunyai anak-anak autistik dengan mengenakan yuran lebih rendah berbanding kadar semasa iaitu lima angka sebulan, sambil menambah yurannya hanya RM4,000 sebulan.
"Saya fikir dengan mengenakan yuran lebih rendah, kita akan dapat menyokong lebih ramai orang kerana sekarang, golongan kaya sahaja mampu mengaplikasikan terapi analisis tingkah laku yang terbukti berkesan kepada kanak-kanak autistik," katanya.
Samuel kini terpaksa mula mencari tempat baru untuk operasi pusatnya menambah buat masa ini, pasukan terapinya akan bekerja dengan portfolio sedia ada iaitu pelanggan “home-based”.
Di sebalik pengalaman pahit itu, Samuel berkata dia belajar beberapa pengajaran dan berikrar pada masa akan datang, akan memeriksa sendiri dengan penduduk sama ada mereka bersetuju mempunyai pusat autisme di kejiranan mereka.
"Pada asasnya, saya maklum jika ia tidak memberi kesan kepada anda, ia tidak akan menjadi sebab untuk diperjuangkan.
"Jika salah seorang di antara mereka mempunyai keperluan khas kanak-kanak, mereka pasti melihat perkara ini dengan pandangan berbeza."
sumber

No comments: