» » 'Najib Razak berkonspirasi dengan Anwar Ibrahim ?'


Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau berasa cukup terhina apabila dikaitkan dengan dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Lebih-lebih lagi, katanya, apabila kesimpulan itu dibuat selepas sekali sahaja beliau minum pagi bersama bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya merasa cukup terhina kerana begitu mudah orang membuat kesimpulan,” katanya yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu.

Zainuddin, yang lebih dikenali sebagai Zam, mengaitkan kesimpulan itu dengan tindakan TV3 menyiarkan ancaman Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membongkar dakwaan salah laku Daim.

“Jika demikian, bolehkah saya juga membuat kesimpulan dengan TV3 media mesra Umno menyiarkan ancaman pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim untuk membongkar keburukan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, telah bererti Najib berkonspirasi dengan Anwar Ibrahim untuk mengekalkan kedudukannya?” soalnya.

Sementara itu, Zam juga menulis artikel terakhir untuk blognya semalam demi “ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan dan pencemaran nama di hari tua”.

'Kawan yang menyukarkan Mahathir'

Beliau menegaskan tidak pernah menjadi penulis upahan sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan.

“Berkhidmat kepada Utusan Melayu dengan kesetiaan kepada dasar kepartian dan kepimpinannya dan tidak tunduk kepadafiction.

"Maka itu saya tersingkir dari ketua pengarangnya,” katanya.

Zam, yang dianggap banyak pihak sebagai orang Mahahtir, terutama ekoran tulisannya yang kritikal kepada kerajaan, menegaskan tidak mempunyai kawan sejati dalam politik, kerajaan atau mana-mana pertubuhan “kecuali rakan-rakan wartawan”.

Katanya, walaupun selalu disebut sebagai sekutu Mahathir , pemimpin itu sendiri bagaimanapun pernah menyebut:

"Zam adalah kawan saya tetapi kawan yang ada kalanya menyukarkan."


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .